Uzumaki Naruto - Info dalam Bahasa Melayu

Thursday, November 09, 2006

Hokage di KONOHA


Kage adalah gelaran tertinggi untuk pemerintah di sesebuah perkampungan atau negeri. Dia bertanggung-jawab memimpin, menjaga keselamatan dan keharmonian kampung atau negeri. Setiap negeri utama(5 negeri) mempunyai Kage nya sendiri, pada kebiasaannya Kage adalah individu yang paling kuat dan berpengaruh di negeri itu. Setiap Kage di pilih oleh rakyat dan ianya dikalangan senior atau yang tersohor dikalangan ninja yang ada. Kage akan mengurus semua isu penting negeri sebagaimana sebuah kerajaan. Kage juga bertanggungjawab untuk mempertahankan negara atau ketua kepada semua ninja yang ada, dan terlibat secara langsung untuk misi 'ranking A'. Gelaran untuk Kage bagi setiap negeri adalah seperti berikut :


Hokage
Hokage ialah gelaran untuk Kage di 'Leaf Village'.
Hokage bermaksud: Bayangan Api

Kazekage
Kazekage ialah gelaran untuk Kage di 'Sand Village'.
Kazekage bermaksud: Bayangan Angin

Raikage
Raikage ialah gelaran untuk Kage di 'Lightning Village'.
Raikage bermaksud: Bayangan Cahaya/Kilat

Mizukage
Mizukage ialah gelaran untuk Kage di 'Water Village'.
Mizukage bermaksud: Bayangan Air

Tsuchikage
Tsuchikage ialah gelaran untuk Kage di 'Earth Village'.
Tsuchikage bermaksud: Bayangan Tanah/Bumi.


Hogake di perkampungan KONOHA



Hokage Pertama

Nama: Tidak di ketahui (biasanya dirujuk sebagai Shodaime)
Kekuatan: Herculean Strength, Secret tree Jutsu
Ahli Keluarga: Hokage ke-2(Adik), Tsunade (Cucu), dan Nawaki (Cucu)
Anak Murid: Sarutobi-Hokage ke-3, Homura, dan Koharu-penasihat Hokage
Info: 60 tahun dahulu, Shodaime telah mengetuai sekumpulan Shinobi untuk meneroka dan membuka tanah baru yang akhirnya dijadikan perkampungan Konoha. Namun umur dia tak berapa panjang dan pada era itu, banyak berlaku keganasan, dia mati tak berapa lama selepas membuka Konoha. Didalam cerita Naruto kita boleh melihat kehebatannya ketika menentang Sarutobi(Hagoke ke-3), dimana Orochimaru telah menghidupkan semua Hokage yang telah mati dengan menggunakan DNA dan ilmu kuasa jahat yang dipelajarinya. Didalam pertarungan tersebut, Orochimaru hanya dapat menghidupkan Shodaime(Hokage pertama) dan Nidaime(Hokage Ke-2) kerana dihalang oleh Sarutobi. Didalam pertarungan ini Sarutobi telah mati, namun dia berjaya membuat tangan Orochimaru lumpuh(rujuk episod 68 hingga 79).

Hokage ke-2
Nama: Tidak diketahui (biasanya dirujuk sebagai Nidaime)
Kekuatan: Genjutsu, Water Style Jutsus, Agility
Ahli Keluarga: Hokage Pertama(Abang), Tsunade (Cucu Saudara), dan Nawaki (Cucu Saudara)
Students: Antara pengasas perkampungan Konoha dan merupakan Hokage ke-2. Memimpin Konoha selepas abangnya. Nidaime bertanggung-jawab dalam mengadakan Akademi Ninja dan sistem pentadbiran Konoha. Dia terbunuh ketika era perperangan Ninja, namun struktur pentadbiran yang dibina telah menjadikan Konoha antara 5 negeri paling disegani.


Hokage ke-3
Nama: Sarutobi
Kekuatan: Mengetahui lebih dari 1,000 Jutsus, Genius intelligence, Summoning
Ahli Keluarga: Konohamaru (Cucu)
Anak Murid: Jiraiya, Tsunade, dan Orochimaru
Info: Sarutobi adalah 'orang tua' yang sangat pandai berbahasa(bahasanya dalam dan adakala berkias) dan berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu tindakan. Ia mampu mengawal dan meminjam kuasa 'Syaitan Pencabut Nyawa' yang telah di'seal'kan di dalam tubuhnya(sama macam Uzumaki Naruto, yang di'seal' dengan kuasa 'Serigala Ekor Sembilan').


Hokage ke-4
Nama: Tidak diketahui (biasanya dirujuk sebagai Yondaime)
Kekuatan: Speed, Rasengan
Ahli Keluarga: Naruto Uzumaki (tak terbukti lagi..)
Anak Murid: Kakashi Hayate, Jiraiya
Info: Tiada banyak maklumat mengenai Hokage ke-4 ini, melainkan dia yang berjaya menyekat serangan 'Serigala Ekor Sembilan' dan di'seal'kan kedalam tubuh Uzumaki Naruto. Kelihatan seolah-olah penulis ingin merahsiakan dahulu kisahnya. Mungkin nak buat movie kot.


Hokage ke-5
Nama: Tsunade
Kekuatan: Medical Jutsu, Summoning, Insane Physical Strength, Giant Knockers
Ahli Keluarga: Cucu kepada Hokage Pertama, Nawaki (Adik)
Anak Murid: Shizune, Sakura Haruno
Info: Belajar ilmu Ninja didalam satu pasukan bersama Jiraiya dan Orochimaru (masa ni.. Orochimaru baik lagi), tinggal bersama adiknya, Nawaki. Dia menaruh harapan yang tinggi suatu hari nanti adiknya akan menjadi Hokage seperti datuknya kerana itulah yang diidamkan oleh adiknya itu. Namun Nawaki telah terbunuh dalam satu insiden, ketika era peperangan Ninja. Tsunade amat sedih dengan kehilangan Nawaki kerana gagal menyelamatkan Nawaki. Tsunade telah mencadangkan kepada Sarutobi(Hokage ke-3) dan penasihat Konoha untuk menubuhkan pasukan perubatan dan setiap misi harus disertai dengan seorang ninja perubatan, cadangannya telah disokong oleh Dan, yang akhirnya menjadi kekasihnya. Cadangan tersebut terpaksa ditunda kerana Konoha sedang berada didalam peperangan. Tsunade bertambah kecewa apabila Dan pula terbunuh dan Tsunade gagal menyelamatkannya. Akhirnya Tsunade telah keluar dari Konoha dan mendalami Ilmu Jutsu Perubatan. Tetapi kekecewaannya akibat dari kematian orang yang tersayang telah membuat dia menjadi seorang yang suka minum 'sake' atau arak dan suka berjudi, kehebatannya dalam bidang perjudian menyebabkan terkenal dan menjadi lagenda, tetapi bukan macam raja judi dalam 'God of Gambler' tapi sebagai 'Lagenda Kalah Judi'.

Friday, November 03, 2006

Peta Dunia NARUTO

Hidden Leaf Village adalah negeri terbesar dan paling berpengaruh dan berkuasa di antara Negeri-negeri Shinobi. Juga digelar Negara Api(The Fire Country), ia mempunyai koloni Ninja yang hebat dan Uzumaki Naruto tinggal di negeri ini.


The Water Country - Hidden Village of Mist
Tidak banyak maklumat mengenai negeri ini. Ia juga dikenali sebagai Negara Air(The Water Country) dan biasanya dirujuk sebagai "Bloody Mist Village" kerana sering berlaku pembrontakan. Disinilah asal Zabuza dan Haku yang akhirnya terbunuh selepas bertarung dengan Kakashi dan kumpulan 7(Naruto,Sasuke dan Sakura).

The Waterfall Country - Hidden Village of Waterfall
Hidden Waterfall Village, adalah negeri kecil dan tidak banyak maklumat mengenainya setakat ini, ianya juga dikenali sebagai Negara AirTerjun(The Waterfall Country).



The Wind Country - Hidden Village of Sand
Hidden Sand Village adalah salah satu dari 5 negara shinobi paling popular. Kazekage adalah ketua negara dan disini juga asalnya Gaara of the desert. Orochimaru telah membunuh Kazekage secara rahsia dan menyamar sebagai Kazekage sebelum melakukan pembrontakan keatas Hidden Leaf Village(Kanoha).

The Sound (Rice) Country - Hidden Village of Sound
Dikenali sebagai Hidden Sound Village, terletak dibahagian selatan negara. Dipimpin oleh oleh Orochimaru, iaitu salah seorang shanin lagenda yang berasal dan Hidden Leaf Village(Kanoha).

Terlalu sedikit maklumat mengenai Negeri ini, kalau ada nanti aku update. Kalau korang ada, korang boleh email aku.
Hidden Rain Village
Maklumat mengenai negeri ini amat sedikit kecuali semasa ujian Chunin sedang dilakukan, tetapi semua wakil yang dihantar untuk pertandingan ini telah dibunuh oleh Gaara.


Itu adalah semua negeri yang ada LOGO pada lilit kepala.. banyak lagi perkampungan lain dan negeri lain, tapi tak ada logo. Ada juga yang ada logo tapi takde kampung atau negeri, tetapi ia adalah pertubuhan, seperti pertubuhan Akatsaki yang dianggotai oleh abang Sasuke. Ia menggunakan logo Kanoha yang ada CALAR di tengah.

Thursday, November 02, 2006

Naruto - Pengenalan


Suatu masa dahulu, satu kuasa jahat iaitu serigala ekor sembilan(Nine-Tailed Demon Fox) telah muncul. Apabila ekornya dikibaskan, ia akan memusnahkan bukit dan menyebabkan tsunami. Untuk menghalangnya, seluruh ninja telah bersatu untuk menghalang. Salah seorang dari ninja tersebut(Hagoke ke-empat) telah bersabung nyawa dalam perjuangan menentang serigala tersebut dan akhirnya mati. Tetapi dia telah berjaya mensusukkan(seal) kuasa serigala ekor sembilan itu didalam tubuh seorang budak lelaki..
Budak lelaki itu bernama Uzumaki Naruto. Dia bercita-cita satu hari nanti dia akan menjadi Hagoke(pemimpin tertinggi negeri). Semua penduduk negeri Kanoha(leaf) tidak menyukainya dan memulaukannya kerana mengangap dia adalah pembawa bala bencana disebabkan kuasa yang ada didalam tubuhnya. Ini membuatkan dia merasa tersisih dari masyarakat, untuk menarik perhatian masyarakat terhadapnya, dia berkelakuan agak nakal pada awalnya dan lama-kelamaan semakin matang dan berusaha mendalami ilmu ninja agar dapat menjadi Hagoke pada suatu hari nanti.
Setelah gagal dalam peperiksaan Genin, Naruto telah ditipu oleh pakatan orang suruhan Orochimaru untuk mencuri 'scroll' rahsia Kanoha. Nyawanya dalam bahaya sehingga ia diselamatkan oleh gurunya Iruka.. namun dalam kejadian ini dia telah membuktikan bahawa dia layak untuk lulus ujian Genin. Dan Iruka telah memberikan 'headband' sebagai tanda dia adalah seorang Ninja dan lulus ujian Genin. Bermula dari sinilah pengembaraannya untuk mendalami ilmu ninja dan menjadi Hagoke bermula....