Uzumaki Naruto - Info dalam Bahasa Melayu

Thursday, November 02, 2006

Naruto - Pengenalan


Suatu masa dahulu, satu kuasa jahat iaitu serigala ekor sembilan(Nine-Tailed Demon Fox) telah muncul. Apabila ekornya dikibaskan, ia akan memusnahkan bukit dan menyebabkan tsunami. Untuk menghalangnya, seluruh ninja telah bersatu untuk menghalang. Salah seorang dari ninja tersebut(Hagoke ke-empat) telah bersabung nyawa dalam perjuangan menentang serigala tersebut dan akhirnya mati. Tetapi dia telah berjaya mensusukkan(seal) kuasa serigala ekor sembilan itu didalam tubuh seorang budak lelaki..
Budak lelaki itu bernama Uzumaki Naruto. Dia bercita-cita satu hari nanti dia akan menjadi Hagoke(pemimpin tertinggi negeri). Semua penduduk negeri Kanoha(leaf) tidak menyukainya dan memulaukannya kerana mengangap dia adalah pembawa bala bencana disebabkan kuasa yang ada didalam tubuhnya. Ini membuatkan dia merasa tersisih dari masyarakat, untuk menarik perhatian masyarakat terhadapnya, dia berkelakuan agak nakal pada awalnya dan lama-kelamaan semakin matang dan berusaha mendalami ilmu ninja agar dapat menjadi Hagoke pada suatu hari nanti.
Setelah gagal dalam peperiksaan Genin, Naruto telah ditipu oleh pakatan orang suruhan Orochimaru untuk mencuri 'scroll' rahsia Kanoha. Nyawanya dalam bahaya sehingga ia diselamatkan oleh gurunya Iruka.. namun dalam kejadian ini dia telah membuktikan bahawa dia layak untuk lulus ujian Genin. Dan Iruka telah memberikan 'headband' sebagai tanda dia adalah seorang Ninja dan lulus ujian Genin. Bermula dari sinilah pengembaraannya untuk mendalami ilmu ninja dan menjadi Hagoke bermula....